Soal Jawab Hal Ehwal Islam bersama Ustaz Zaharuddin

Pengenalan

AL-MARBAWI dilahirkan pada 13 April 1986 di Hospital Taiping, Perak. Dibesarkan di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.

Menggunakan nama pena AL-MARBAWI sebagai dedikasi kepada ulama' tersohor yang juga tokoh Maal Hijrah pertama, 'Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi' yang juga berasal dari kampung yang sama.

AL-MARBAWI juga sedang menuntut di Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur, sebagai seorang pelajar Bachelor of Education (Primary Design and Technology) dan akan ditempatkan di sekolah rendah bermula 2010.

Blog ini wujud sebagai pandangan peribadi dan juga ulasan isu-isu semasa.

Jika anda mahu berkongsi masalah atau ingin mendapat pandangan atau nasihat, Insya-Allah saya akan membantu anda.

Sila add ID Yahoo Messenger saya:

Photobucket


Thursday, May 28, 2009

Generasi Muda

Salam muhibbah.

Generasi muda adalah aset penting kepada negara. Silap didikan kepada generasi ini, maka porak-perandalah negara pada masa akan datang. Setiap belia yang ada di negara ini adalah 'benteng' penahan 'serangan halus' dari luar. Rosak belia, rosaklah masyarakat.

Siapa pula yang bertanggungjawab dalam hal ini? Selain ibu bapa yang setiap hari bersama dengan belia ini, rakan-rakan mereka juga adalah pihak yang sangat penting sekali dalam membentuk minda dan jiwa belia-belia ini. Ini kerana kajian mengatakan peribadi seseorang remaja hingga dewasanya dibentuk daripada perhubungannya dengan rakan-rakan.

Ibu bapa pula seharusnya memerhatikan rakan-rakan anak-anak mereka. Pastikan mereka memilih kawan yang betul. Nasihati mereka jika mereka berkawan dengan orang-orang yang tidak baik. Gunakan ketegasan. Ketegasan bukan bermakna memarahi mereka membuta tuli tetapi sebuah tindakan 'diplomasi yang keras'.

Akhir zaman ini, pelbagai gerakan tidak sihat mula melanda dunia, tidak terkecuali di Malaysia. Sebagai negara majoriti penduduknya adalah Melayu dan agamanya Islam, sifat dan peribadi belia-belia Melayu Islam di negara ini harus dibentuk agar Malaysia harmoni dan aman. Gerakan Illuminati/Freemason, Komunis, Liberal, Pluralisme dan sebagainya sudah menjalar dengan kukuhnya di kalangan belia-belia negara kita.

Inilah tugas berat belia-belia lain yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Janganlah berdakwah di kalangan jemaah sendiri. Keluarlah dari kepompong jemaah dan bergeraklah di seluruh negara, bawakan sinar cahaya kepada mereka yang menyuluh lorong yang gelap. Banyak pertubuhan jemaah Islamiah di negara kita yang ada. Terapkan 'diplomasi yang keras' kepada cara berdakwah. Selamatkan belia-belia kita daripada menjadi mangsa kerakusan ideologi Yahudi dan Nasrani ini.

Dapatkan info-info semasa dari Laman Blog Tentera Fi Sabilillah 30, dan sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain!

Sunday, May 24, 2009

Tips kurangkan sakit tekak


Salam sejahtera,

Sakit tekak? Mesti ia buat tidak selesa, itu sudah pasti. Banyak sudah ubat-ubatan dicuba, tapi masih tak baik. Sebenarnya selain kita mengharapkan bahan-bahan kimia ini, ada banyak cara lain yang tak memerlukan kita memasukkan bahan kimia ke dalam badan.

Petua ini saya dapat dari seorang pembantu pengusaha kantin di sekolah tempat saya praktikal yang saya panggil Kak Kiah. Lepas menjamah makanan, saya merungut-rungut mengenai sakit tekak saya. Baru satu malam sakit, tetapi kerengsaan itu menyebabkan hendak telan air liur pun bermasalah.

Kak Kiah terus sahaja membantu saya dengan mengambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum. Kesannya, amat menakjubkan! Tidak lama selepas itu, dalam setengah jam, rengsa tekak semakin kurang. Esoknya, terus sahaja baik, tetapi dengan syarat jangan minum berais semasa keadaan rengsa itu.

Malam sebelumnya, saya beli sedikit lozeng untuk mengurangkan sakit itu. Malangnya tidak berkesan langsung. Saya tak sangka petua-petua orang-orang lama lebih berkesan daripada ubat-ubatan moden.

Sebenarnya adalah lebih baik jika anda mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubat moden kerana banyak kes yang berlaku akibat pengambilan ubat untuk sakit tertentu, sakit yang lain pula didapati. Saya juga seboleh-bolehnya mengelak daripada memakan ubat, terutama sekali ketika demam, batuk dan selesema. Saya akan cuba usaha mencari penawar secara tradisional, melainkan jika masih tidak ada kesan.

Jangan lupa untuk mencubanya!

Saturday, May 23, 2009

Halal dan Haram

Salam pertemuan.

Apabila kita lapar, kita akan makan. Apabila kita dahaga, kita akan minum. Namun pastikah anda dengan makanan dan minuman itu? Halal atau tidak?

Akhir-akhir ini, semakin banyak restoran dan kafe tumbuh bak cendawan di seluruh Malaysia dan lokasinya banyak terdapat di pusat membeli-belah, kecil dan besar. Pertama kali anda melihatnya, pasti anda akan tertarik untuk mencubanya. Tetapi, sebelum melangkah masuk, adakah anda sudah pastikan status HALALnya?

Nasihat saya, jangan terpedaya dengan logo HALAL dan surat pengesahan HALAL yang ditampal atau dipamer di hadapan restoran dan kafe tersebut. Rujuk dahulu pihak HDC (Halal Development Corporation) yang bertanggungjawab menyelia status HALAL sesuatu produk makanan dan minuman.

Ingat, makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita akan menjadi darah dan daging kita. Jika sumbernya tidak baik, maka tidak baiklah keturunan yang akan kita lahirkan nanti. Banyak lagi kedai makanan yang boleh kita lawati, kedai makanan Melayu khasnya walau tidak ada 'kelas' tapi pentingkan sifat halalnya lebih daripada 'kelas'nya.

Berikut adalah contoh produk yang statusnya adalah Tidak Halal:
  1. Old Town White Coffee Anti Islam: Tidak Halal
  2. Old Town White Coffee- Halal atau Tidak?

Thursday, May 21, 2009

Hari Guru

Salam pertemuan.


Lama juga tidak menghantar pos terbaru. Maklumlah, dengan kesibukan praktikal di sekolah agak menghalang saya daripada menaip. Banyak kerja yang perlu dibereskan, di sekolah dan di maktab. Ini pun ada sedikit ruang waktu kelapangan yang membolehkan saya menulis.

Sebagai seorang bakal guru, saya ingin melihat profesion yang saya pilih ini diangkat ke martabat yang tinggi, setinggi nilai dan jasa seorang guru yang melahirkan pelbagai personaliti bak kata Allahyarham Usman Awang. Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan pelatih dan guru-guru yang setia mendidik anak bangsa.

Oh ya sempena Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Melawati pada Isnin, 18 Mei 2009 lalu, ada juga pelajar yang memberi hadiah kepada saya. Walaupun tidak sebanyak guru-guru senior yang lain, saya berterima kasih kepada mereka kerana menghargai sumbangan saya walau tidak lama di sekolah berkenaan. Jauh di sudut hati, peristiwa ini memberi makna kepada saya agar menjadi seorang guru yang benar-benar membantu anak bangsanya berjaya.


Petangnya pula kami menghadiri majlis hi-tea SKTM di Menara Kuala Lumpur. Besar hati kami kerana dijemput untuk ke majlis tersebut walaupun cuma guru praktikal. Sudah lama saya tidak ke Menara Kuala Lumpur, kali terakhir pada tahun 1996. Banyak juga perubahan yang dilakukan, daripada apa yang ada ketika 1996. Makanan juga sedap-sedap belaka. Kalau ada kelapangan, mungkin saya akan ke sana lagi sekali.


Kepada pembaca budiman, sudi-sudikanlah berkongsi pendapat dengan saya dan juga berkongsi bahan bantu mengajar kerana saya dengan sedaya upaya akan membantu rakan-rakan guru mendapatkan bahan mengajar untuk anak murid mereka. Sampai jumpa lagi!

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu


Buat ibu tersayang,

Anakanda ingin menghulur ucapan terima kasih buat bonda kerana telah mendidik anakanda selama ini dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga sejak anakanda lahir hingga ke hari ini. Selagi anakanda bernafas, selagi itu anakanda tidak akan melupakan ibu walau jauh mana pun anakanda merantau kelak.

Kepada pembaca sekalian,

Janganlah dilupakan ibu yang telah membesarkan kita. Walau teruk mana ibu itu, dia masih tetap ibu kita, yang melahirkan kita, yang membesarkan kita. Hargailah ibu sementara masih ada. Jangan ditangisi jika kita tidak sempat berbuat sesuatu yang berguna kepada ibu kita...

Sunday, May 3, 2009

Latihan Tahun 5 Baikpulih dan Penyenggaraan KH

Sunday, April 19, 2009

Latihan Cari Kata untuk subjek Kemahiran Hidup

Assalamualaikum.

Bermula kali ini, saya akan cuba berkongsi dengan mana-mana rakan guru di Malaysia yang berminat mencari-cari latihan untuk subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Latihan yang saya buat sendiri ini dan saya niatkan kepada sesiapa sahaja untuk memuat turun latihan ini untuk diberi kepada pelajar-pelajar mereka.

Latihan Cari Kata untuk topik Elektrik dan Elektronik, Tahun 4 dan 5 Kemahiran Hidup.

Sila klik pada pautan yang diberi untuk memuat turun dokumen latihan tersebut:

Sebarang masalah, boleh hubungi saya atau jika anda ada idea untuk membuat latihan untuk subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, boleh kita berbincang bersama.

Monday, March 9, 2009

Info Rabiul-Awwal dan Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul.

Sempena kedatangan tarikh 12 Rabiul-Awwal ini, hayatilah info yang saya sediakan untuk tatapan anda.

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq- Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis- Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol- Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sunday, February 15, 2009

Superman adalah Yahudi



Salam muhibbah.

Anda gemar dengan komik-komik dari Barat? Superman, Batman, X-Men dan yang seangkatan dengannya? Adakah anda tahu asal-usulnya? Yang pasti anda meminati watak-watak tersebut kerana sifat adiwiranya.

Sebagai orang Islam, kita harus berhati-hati dalam menerima sesuatu perkara, terutama yang datang dari dunia Barat. Mungkin kita akan berkata, 'itu hanya komik sahaja, tidak lebih dari itu', namun anda mungkin tidak sedari, jika diberi pengagungan yang lebih boleh menyebabkan seseorang Muslimin menjadi lalai dalam menjalankan tugas wajib yang diperintah oleh Allah SWT.

Anak-anak muda yang belum memahami baik dan buruk pasti akan lebih terkesan dengan watak-watak sebegitu. Inilah yang akan menyebabkan Muslimin dan Muslimat menjadi terancam. Tidaklah salah untuk menontonnya tetapi ia perlu disertakan dengan bimbingan agar apa yang kita tonton itu tidak lebih dari sekadar hiburan semata-mata.

Anda tahukah bahawa Superman itu sebenarnya dicipta oleh Yahudi? Dan setiap perincian mengenai watak dan sifatnya mirip kepada golongan Yahudi? Di sini saya berikan fakta berkenaan Superman yang saya dapatkan dari Berita Minggu Online (15 Februari 2009).

1. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.

2. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.

3. Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.

4. Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti.

5. Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.

6. Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. El bermaksud "tuhan" di dalam bahasa Hebrew.

7. Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.

8. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

9. Anak-anak muda Muslim yang memprotes keganasan Israel di Gaza memakai baju T bertulis "Superman", wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.

Diharapkan dengan maklumat yang sedikit ini dapat memberi kefahaman kepada saudara-saudaraku dan sebarluaskanlah maklumat supaya semua umat Islam dapat mengetahui hakikat sebenarnya penciptaan watak-watak adiwira di Barat.


Dapatkan Blogger Templat percuma! oleh Isnaini Dot Com dan Archithings. Dikuasakan oleh Blogger