Mengenai Penulis



Saya dilahirkan pada 13 April 1986, di Hospital Taiping, Perak. Saya dibesarkan di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd. Idris Al-Marbawi, Lubuk Merbau, meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash. Melanjutkan pengajian di Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kini sedang berkhidmat di sebuah sekolah rendah di selatan tanah air. Saya kini dalam perjalanan untuk mengakhiri Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pendidikan di UTM Skudai, Johor.

Saya menggunakan nama pena Al-Marbawi sebagai dedikasi kepada Allahyarham Syeikh Mohd. Idris Al-Marbawi kerana beliau telah banyak berjasa dalam meningkatkan kefahaman di kalangan bangsa Melayu ketika zaman penjajahan British. Selain itu, Al-Marbawi juga membawa maksud asal seseorang itu, dari mana tempat beliau datang, sebagai contoh: Al-Fatani (dari Pattani), Al-Minankabawi (Minangkabau), Al-Banjari (Banjarmasin, Indonesia).

Segala info pada blog ini berdasarkan pengalaman saya dan juga info-info yang saya ingin kongsi bersama pembaca, saya sunting daripada beberapa sumber. Jika ada ingin berhubung dengan saya, sila hantar e-mel anda ke alamat berikut:

Popular Posts