Teknologi mengubah kehidupan

Assalamualaikum.

Wah wah.. bergaya sakan nampaknya. Iphone, Ipad, Samsung Galaxy Tab, Notebook.. mesti tak lengkap hidup tanpa gajet-gajet itu.

"Apa khabar hari ini?" tanya seorang hamba Allah. "Maaflah, aku tak berapa sihat. Doktor kata aku menghidap diabetes." balas seorang lagi rakannya sambil jari jemari liuk lentok menolak skrin gajetnya. "Kenapa kau boleh kena penyakit tu?" tidak puas hati si penanya. "Entahlah, aku pun tak tahu!" jawab rakannya sambil membetulkan duduknya pada kerusi sofa empuk itu.

Pasti anda tahu jawapannya. Kebanyakan teknologi yang dicipta mampu mengubah sosio kehidupan kita. Kita hanya mampu duduk berhadapan komputer atau gajet sepanjang hari tanpa melakukan aktiviti fizikal. Seharian tanpa menyentuh gajet ibarat tidak menyuap nasi ke dalam mulut. Pelik tapi benar. Itulah gaya hidup masyarakat sekarang.

Sedih, kecewa pun ada. Tetapi jangan kita salahkan teknologi. Teknologi hanya membantu. Yang menjalankan kehidupan adalah manusia sendiri. Jangan bergantung kepada teknologi untuk menjalankan kehidupan. Itu salah. Lebih menghairankan lagi, jika kita bertemu dengan anak-anak yang masih mentah, apa yang mereka tahu ialah "angry birds". Kalau ditanya "batu seremban", "konda-kondi" pasti menggeleng kehairanan. Apa itu? Tak menariklah, jawab mereka. Itukah yang kita mahu lihat pada anak-anak kita?

Saya lihat semua pihak harus sama-sama memastikan bahawa kehidupan kita ini tidak boleh terlalu bergantung kepada teknologi. Nasihat-menasihatilah sesama rakan. Ingat-mengingatilah sesama sahabat. Takut mereka akan khayal dalam duniawi ini. Sentiasa perbanyakkan amal ibadah agar diri kita mengelak daripada terganggu dengan gajet-gajet ini.

Sekian, Wassalam.


Comments

Popular Posts