Visual Tech Class #1: Perkara Asas Fotografi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kelas kali ini, kami mempelajari mengenai kawalan kamera. Rakan-rakan sekelas lain telah meminjam daripada Studio Fotografi Fakulti Pendidikan, UTM. Kamera jenis Nikon D3200. Saya pula hanya menggunakan kamera yang saya beli 6 tahun lalu (2010).. hehe jenis Nikon CoolPix P100. Tak mengapalah, asalkan fungsi yang hampir menyamai pun sudah memadai.

Bukan apa, saya ingin meneroka apa yang sepatutnya saya teroka apabila membeli kamera ini 6 tahun lalu, tetapi malangnya belum berkesempatan. Memang tidak dinafikan, saya penggemar foto-foto yang unik dan menarik. Saya cuba untuk mengambil foto-foto dengan cara yang unik, namun hasilnya tidak seberapa. Tak apalah, ini pengalaman baru bagi saya.

En. Fuad sedang memberi penerangan

Testing... testing...
Rupanya banyak juga fungsi-fungsi di dalam kamera DSLR yang banyak saya masih belum kuasai sepenuhnya. Namun perkara asas yang perlu diketahui adalah aperture, shutter speed dan ISO. Seseorang jurukamera perlu menguasai cara mencari nilai aperture, shutter dan ISO yang tepat sebelum memetik gambar untuk mendapatkan hasil kualiti yang sempurna.

Haha, saya pun masih banyak keliru mengenai aperture, shutter dan ISO.. keliru mengenai kesesuaian nilai untuk sesuatu situasi. Itulah gunanya belajar. Jadi kami pun menuju ke Tasik UTM untuk menangkap hasil masing-masing. Ini antara gambar yang saya rasakan "menjadi" walaupun tak mencapai standard.

Sila klik pada gambar untuk imej yang besar.


aperture f/8 shutter 1/200 ISO-160
aperture f/8 shutter 1/200 ISO-160
aperture f/5.6 shutter 1/320 ISO-160
aperture f/4 shutter 1/1000 ISO-160
aperture f/4.5 shutter 1/200 ISO-160
aperture f/8 shutter 1/6 ISO-160

Okey, terpulang pada anda untuk memberi komen. Saya cuma budak baru belajar. Hehe

Comments

terbaik...pasti belajar komposisi lak....
salomiaalbers said…
Casino-Racetrack and Casino Shuttle Service to H.H.W.B.A - DR
The 거제 출장안마 H.H.W.B.A. – Casino-Racetrack and Casino Shuttle 청주 출장샵 service to 영천 출장샵 H.H.W.B.A. at H.H.W.B.A. – 의왕 출장안마 Atlantic City is scheduled to open in 양산 출장샵

Popular Posts