Visual Tech Class #2: Teknik Lighting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kesibukan menjelang ujian Mac 2016 menyebabkan saya terpaksa berhempas pulas ke sana ke mari untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang penting. Haha. Belum lagi perihal rumah tangga. Oleh kerana sang isteri sedang sarat menunggu masa, tinggallah sang suami 'ke medan perang' pengurusan rumah. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya "aura" kerajinan tu datang juga sekali-sekala. Haha melalut pulak.

Baik, lanjutan daripada kelas seterusnya mengenai Visual Technology Production, kali ini kami semua didedahkan dengan teknik lighting studio, ala yang biasa kita tengok atau mungkin selalu ambil gambar dalam studio, kan ada banyak lampu sana-sini, kan?

Penerangan oleh Encik Puad, ada disertakan bersama pos ini.

Secara ringkasnya, di dalam sesuatu keadaan, kaedah lighting studio ini sangat diperlukan, lebih-lebih lagi bila kita ingin merakam manusia atau objek yang biasanya dicetak di majalah-majalah atau poster. Lighting studio ini diperlukan apabila kita perlu untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam kamera kita, berbanding dengan cahaya semulajadi (natural lighting), kita tidak mampu mengawalnya, tetapi dengan menggunakan lighting studio, itu semua boleh dilaksanakan dengan mudah.

En. Puad juga menerangkan serba sedikit mengenai Softbox. Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai apa itu softbox, boleh ke pautan yang disediakan ini -- What is a Softbox?

Berikut adalah video yang saya rakamkan ketika sesi penerangan oleh En. Puad:



Okey, jumpa lagi di lain masa!

Comments

Popular Posts