Kembali...

Bismillah,

Akhirnya kembali juga menulis. Saya memang suka menulis, tetapi kekangan masa membataskan minat saya ini. Oh ya, lupa pula. Setelah hampir 3 tahun tidak menulis di blog ini (yang kali akhir sebelum PRU-13), akhirnya saya dapat menyambung penulisan saya. Untuk pengetahuan pembaca, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di UTM, Skudai. Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan oleh Allah tidak terhitung. Saya sangat bersyukur kerana inilah jalan yang telah ditunjukkan kepada saya.

Juga ada hikmahnya apabila saya menyambung pengajian, akhirnya blog ini dapat bernafas semula. Pada semester ini, saya mengikuti subjek Produksi Teknologi Visual, justeru itu, saya perlu mewujudkan blog untuk memaparkan hasil kerja saya di dalam subjek ini. Subjek ini menekankan mengenai penghasilan visual yang menarik menggunakan kamera DSLR dan juga pengolahan imej melalui kemahiran ubahsuai di Adobe Photoshop.

Oleh kerana ini memang minat saya, saya rasa bertuah dapat bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dan juga pensyarah saya, yang mana saya dapat belajar dengan lebih mendalam lagi dan berkongsi kemahiran-kemahiran yang ada bagi memantapkan lagi kemahiran saya. Moga ikatan ukhwah kita berterusan dan kita sama-sama memperoleh kejayaan bagi subjek ini.

Comments

Popular Posts