Selamat Mengundi #PRU13


Assalamualaikum,

He he. Lama sungguh tak menulis. Berhabuk sudah blog ini.

Alhamdulillah, moga pembaca semua dikurnia kesihatan yang baik. Saya baru kebah dari demam. Mujur demam tak berpanjangan. Barangkali perubahan cuaca menyebabkan keadaan saya begini.

Tak lama lagi, yakni 5 Mei 2013 bersamaan Hari Ahad akan berlaku satu perkara bersejarah iaitu Pilihan Raya Umum ke 13. Bagaimana? sudah buat pilihan? Saya? He he undi adalah rahsia.

Nasihat saya, undilah calon yang berwibawa dan boleh membawa negara kita ke arah kejayaan. Jangan mengundi atas dasar dendam, marah, dan emosi. Bertenang, dan pangkahlah calon yang terbaik.

Apa sahaja yang ada lakukan, tekadkan ia demi negara kita yang tercinta. Semoga undi-undi tuan dan puan semua dapat menghasilkan sebuah kerajaan yang dinamik dan progresif.

Sehingga jumpa lagi!

Comments

Unknown said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular Posts