Pengemis dan rakyat Malaysia

Gambar Hiasan
Assalamualaikum.

Ketemu kembali. Baru sahaja lepas menonton paparan menarik Majalah 3 malam ini oleh Saudara Mazidul Akmal. Kisah pengemis yang mampu raih pendapatan lumayan hanya kerana mengemis. (Kalau begini cara mudah mendapat duit, lebih baik saya berhenti menjadi pendidik dan mengemis di jalanan!)

Mengapa pengemis seperti ini boleh hidup mewah di Malaysia? Sudah tentu kerana 'murah hati' rakyat Malaysia sendiri memberi sedekah tidak kena pada tempatnya. Bersedekah memanglah amalan mulia lagi dituntut, tetapi wajarkah kita memberi wang kepada individu tertentu yang kita terlihat di pasar tani umpamanya untuk diberi sedekah?

Mengapa kita tidak bersedekah di rumah-rumah Allah, pusat kebajikan, atau di premis yang betul-betul mahu menerima bantuan? Seringkali kita lihat, kedapatan individu tertentu berselindung di sebalik nama pusat pengajian pondok, atau sumbangan kepada masjid yang jauh dari mata kasar kita, dan kita yakin bahawa mereka ini sememangnya benar-benar memerlukan sumbangan. Inilah silap kita.

Mereka mengeksploitasi keprihatinan rakyat dengan berbohong atas nama 'sedekah'. Justeru saya menyeru kepada semua, HENTIKAN memberi sedekah kepada golongan-golongan ini. Berilah sedekah di tempat yang benar-benar perlu. Paling mudah, sedekah sahaja di mana-mana masjid yang kita kunjungi. Itu lebih afdhal dan lebih tepat tujuannya kita memberi sedekah. Atau keluarkanlah zakat kepada pusat pungutan zakat di negeri masing-masing.

Kalau tidak keberatan bolehlah berkongsi pandangan yang sama di Blog Mazidul Akmal.

Sekian, Wassalam.

Comments

Popular Posts