Gangnam Style atau Malaysian Style?



"Gangnam Style" is a Korean language colloquialism that refers to a luxurious lifestyle associated with the Gangnam district,[2] an affluent and trendy area of Seoul.[3] The music video depicts Psy dancing at various locations in Gangnam.[4] The song is about "the perfect girlfriend who knows when to be refined and when to get wild."[5]
-Petikan daripada Wikipedia


Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Okey mungkin saya terlambat sedikit pada hal ehwal semasa. Fenomena "baharu" yang melanda muda mudi Malaysia tika ini iaitu K-Pop atau Korea Pop. Yang terkini sekali ialah "Gangnam Style" oleh PSY (artis Korea).

Saya kehairanan mengapa orang Malaysia sangat mudah terpengaruh dengan apa sahaja unsur dari luar. Sejak bermula era filem Melayu (tahun 40an) hingga ke hari ini, begitu banyak unsur yang diciplak untuk dijadikan hiburan di negara kita. Soalnya, ke mana identiti kita?

Hindustan, Latin, Korea, Jepun, Indonesia (sebahagian daripada unsur luar itu) banyak diterapkan tidak kira dalam muzik, filem atau drama seolahnya Malaysia tak punya apa-apa untuk diketengahkan ke peringat global.

Saya ceritakan hal ini kerana jemu melihat unsur-unsur ini meresapi ke dalam minda anak muda kita. Mengapa kita tidak mempopularkan irama-irama gabus, zapin, joget, inang ini dalam lagu-lagu kita? Janganlah kita bangga-banggakan dengan budaya luar. Negara kita budaya kita. Cara kita, cara beradab dan bersopan.

Sekian, hingga ketemu lagi.

Comments

Popular Posts