Elak "phone scam" ganggu hidup anda

Assalamualaikum.

Tentu ramai yang menghadapi masalah yang sama iaitu mendapat panggilan misteri daripada orang yang tak dikenali dan menyamar sebagai wakil pihak bank atau apa sahaja dan akhir sekali anda terperangkap dengan memberi nombor kad kredit anda. Kemudian anda dapat tahu bahawa itu semua hanya penipuan semata-mata dan anda telah dijerat oleh mereka. Lalu keputusan akhir dibuat, batalkan kad kredit anda. Ini akibat gangguan "phone scam" atau biasa dipanggil "scammers".

Saya juga pernah mengalami situasi ini. Akhirnya saya tidak lagi menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Penat jika hari-hari berlaku seperti ini. Ini sebenarnya menunjukkan bahawa ada pihak-pihak tertentu telah membocorkan maklumat peribadi yang sepatutnya sulit, terutama sekali apabila anda memiliki kad kredit. Pihak penyamar ini seolah sudah arif dengan maklumat anda, ini sudah pasti kebocoran berlaku pada pihak yang anda berikan maklumat tersebut sebelum ini.

Jadi apakah cara yang boleh anda cuba untuk mengelakkan "telemarketer" ini mengganggu hidup anda?

Yang pertama, jika anda ragu bahawa nombor telefon yang tertera di skrin telefon anda itu, jangan jawab. Jika rakan atau saudara mara yang menelefon, tentu mereka akan mengulang telefon anda semula. Nombor yang diragui tak akan menelefon dua kali pada masa yang hampir dan sudah pasti itu bukan telemarketer. Mereka akan menunggu satu tempoh masa atau akan menggunakan nombor yang lain.

Cara kedua, jika keraguan anda tinggi, anda boleh menyemak nombor telefon tersebut di internet.

Cara ketiga, jika anda punyai telefon pintar (smartphone), muat turun aplikasi "Calls Blacklist" dan masukkan nombor yang anda terima itu ke dalam senarai. Jika telefon biasa, ada model tertentu yang mempunyai fungsi "reject list" dalam "settings".

Saya lampirkan di sini halaman yang berguna untuk anda mencari senarai-senarai 'scammers':

Sekian, hingga jumpa lagi.

Comments

Popular Posts