Solat wajib umpama solat Jumaat

Assalamualaikum, salam perjuangan.


Isu yang saya ingin kupas pada kali ini ialah berkaitan dengan solat wajib lima waktu. Solat secara umumnya adalah satu perintah Allah SWT kepada umat Islam supaya menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimin. Solat seperti yang pernah kita dengar atau baca, mampu mencegah daripada kemungkaran.

Persoalan saya di sini, seringkali kita lihat, bila tiba solat Jumaat, Alhamdulillah penuh ruang masjid, tetapi apabila solat wajib lima waktu.. erm kita sering mengeluh kerana kedapatan tidak sampai satu saf penuh, apatah lagi bila tiba waktu solat Asar ataupun Subuh. Mengapa jadi begini?

Mengapa umat Islam tidak seperti ketika solat Jumaat, bersesak-sesak mendirikan sembahyang lima waktu ini? Kita semua sedia maklum atau mungkin pernah mendengar bicara ini, "Orang Yahudi tidak akan berjaya memerangi orang Islam sekiranya solat Subuh mereka umpama solat Jumaat". Ini bererti bahwa musuh-musuh Islam cukup takut jika umat Islam berpadu dalam setiap solat wajib lima waktu.

Solat jemaah seperti yang disaran Allah SWT ini sungguh banyak manfaatnya. Antaranya solat jemaah ketika lima waktu ini akan membentuk satu ikatan yang kuat antara saudara muslim kita. Bukankah anda membaca artikel berkaitan rahsia di sebalik solat jemaah? Di situlah terletaknya aura persahabatan untuk kita kukuhkan ketika menentang musuh Islam.

Sesungguhnya jika semua umat Islam berjaya menghimpun para jemaat bersolat lima waktu, insya-Allah kegemilangan Islam akan kembali mendamaikan dunia.

Wassalam.

Comments

Popular Posts