Pengikut blog ini

PENAFIAN (DISCLAIMER)


SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIDAK MELIBATKAN KEPENTINGAN MANA-MANA INDIVIDU ATAU PIHAK. ANDA DIBENARKAN UNTUK MENYALIN TULISAN DI DALAM BLOG INI TETAPI MESTI DI BERI KREDIT. PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KEMUNGKINAN YANG BERLAKU AKIBAT DARIPADA TULISAN DI BLOG INI


Friday, March 5, 2010

Hilangnya kemanusiaan di hati manusia




Salam sejahtera.

1. Cuba anda tatap wajah anak-anak comel ini. Tergamakkah anda untuk memukul atau mengasari mereka ini?

2. Mungkin anda tidak, tetapi ada juga segelintir manusia yang memandang mereka hina, menyusahkan sedangkan mereka juga pernah melalui zaman itu. Mereka juga pernah menjadi kanak-kanak.

3. Mengapa manusia semakin bertindak kejam? Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan di dalam diri masing-masing? Apakah penyebab kepada berlakunya perkara tersebut?

4. Haruskah kita menyalahkan globalisasi yang melanda dunia ketika ini sebagai penyebabnya? Atau adakah teknologi tanpa sempadan yang mempengaruhi minda sang pelakunya?

5. Sila laporkan segera kepada pihak berwajib jika ada berlaku jenayah yang berhampiran dengan anda. Anda tidak perlu gusar atau takut. Kegusaran anda adalah sebenarnya yang menjadikan anda bersubahat dengan penjenayah terbabit.

6. Akhir kata, tepuk dada tanya iman.

Baca kisah menyayat hati ini: Lagi kanak-kanak maut di dera

0 ulasan:


Soal Jawab Hal Ehwal Islam bersama Ustaz Zaharuddin