Salam #Merdeka55


Assalamualaikum.

Lama sungguh tak kemaskini. Hehe. Banyak kali entri "tak kemaskini" diterbitkan. Sememangnya susah hendak menulis sesuatu kalau tak datang minat.

Sebelum terlewat, saya ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia tak kira siapa. Bersyukurlah dengan keamanan dan kemakmuran. Jangan hanya kerana pendapat berbeza, kita berpecah belah. Jangan hanya ikut kata hati sendiri, negara tergadai kemudian hari.

Barangkali mereka yang tak pernah bersyukur dengan nikmat ini patut dihantar ke negara-negara bergolak supaya mereka belajar erti kesenangan. Tatkala warga sempadan kita mahu seboleh-bolehnya menjadi warga Malaysia, kita pula dengan mudah menggadai maruah dan kesopanan kita demi kepentingan pemikiran sempit.

Mutakhir ini banyak pula isu-isu yang kadangkala terasa dangkal kerana keremehan isu tersebut. Isu remeh temeh seperti ini tidak harus timbul bila mana kita menuju ke arah pemikiran kelas pertama. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Sekian, salam 1Malaysia.

Comments

Popular Posts