Persepsi atau realiti "Guru"


Assalamualaikum.

Kalau anda seorang yang rajin, pasti anda tahu apa yang sedang saya perkatakan ini. Mungkin mereka sudah  menemukan jawapan terhadap persoalan saya hari ini. Kebanyakkannya sudah tahu melalui MukaBuku atau pun perbincangan sesama rakan di laman sosial lain.

Apa yang sudah berlalu, biarkan ia berlalu. Soalnya kini ialah ia menunjukkan bahawa persepsi masyarakat terhadap golongan guru sudah berubah. Mutakhir ini, dan kita semua pun tahu golongan guru kini banyak menghadapi tindakan saman-menyaman daripada pelbagai pihak. Iya, benar itu adalah dugaan tetapi bagaimana golongan guru hari ini telah dipandang 'rendah' oleh beberapa pihak atas dasar 'melihat secara mata kasar' bagaimana golongan guru bekerja.

Mereka ini mungkin kurang kefahaman atau mengalami pengalaman yang terkesan ketika di bangku sekolah dahulu. Atas dasar itu, mereka menganggap kerjaya guru ini seperti apa yang mereka fikirkan. Kesannya, "kerana menulis, emosi binasa"

Mungkin pada "realiti" terdapat segelintir guru seperti yang didakwa. Tetapi itu tidak bermaksud majoriti guru adalah seperti itu. Seperti juga kerjaya lain, kedapatan juga segelintir yang "culas". Seperti dalam setandan pisang, terdapat buah yang tidak elok. Perumpamaannya.

Lain kali, sila berhati-hati ketika berblog. Salam muhibbah.

Comments

Popular Posts