Catatan Rabu: Innocence of Muslims 'review'


Assalamualaikum,

Pejam celik dah menghampiri bulan Oktober. Sekelip waktu yang berlalu langsung tak sedar yang tahun 2012 ini akan melabuhkan tirainya.

Dua tiga hari ini macam-macam isu timbul keluar sampai kehairanan saya dibuatnya. Tak pernah dalam satu hari dalam setahun ini tiada isu yang keluar. Mungkin kita boleh cadangkan kepada PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk mewujudkan 'Hari Tanpa Isu'. Bunyi nya sangat mustahil.

Terkait pula perkara video yang disiar dalam YouTube perihal penghinaan terhadap Rasullullah SAW . Saya tak sempat menonton klip tersebut, tetapi apa yang saya tahu ialah dalam klip itu Rasulullah SAW telah digambarkan dengan visual dan diberi perwatakan yang sangat jelek dan dipandang hina kerana mempunyai ramai isteri dan phidophile (tarikan seksual kepada kanak-kanak: merujuk kepada Siti Aisyah RA)

Benar kita punya hak untuk membantah akibat daripada video itu. Namun kita sering terlupa apabila kita membantah sesuatu perkara, kita tidak kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul SAW. Di Malaysia, Alhamdulillah, kita bukanlah insan yang membantah dengan kekerasan dan keganasan. Kita berhimpun dengan aman dan menyatakan perasaan kita. Tetapi amatlah malang sekali apabila kita lihat di luar negara, bantahan sangat dahsyat dan amat berbahaya kepada umat lainnya.

Inilah sebenarnya tujuan bangsa Yahudi mahu 'menjentik' umat Islam agar bertindak ganas seperti itu. Maka bersorak sorailah Yahudi kerana telah berjaya memperdaya umat Islam hanya kerana sebuah video. Akhirnya golongan bukan Islam memandang umat Islam ini tidak lebih hanya umat yang ganas, yang tidak bertamadun dan tidak bersusila. Inikah yang kita mahu tonjolkan?

Banyak lagi cara yang lebih sopan untuk kita ekspresikan perasaan kita. Jika kita berhemah menangani isu ini, nescaya golongan bukan Islam akan terpikat dengan keindahan Islam itu sendiri tanpa perlu takut dengan apa yang terjadi ketika ini. Pasti Yahudi sendiri akan terkedu apabila melihat Islam semakin lama semakin diterima masyarakat dunia.

Sekian,
  

Comments

Popular Posts