Pengikut blog ini

PENAFIAN (DISCLAIMER)


SEGALA YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIDAK MELIBATKAN KEPENTINGAN MANA-MANA INDIVIDU ATAU PIHAK. ANDA DIBENARKAN UNTUK MENYALIN TULISAN DI DALAM BLOG INI TETAPI MESTI DI BERI KREDIT. PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KEMUNGKINAN YANG BERLAKU AKIBAT DARIPADA TULISAN DI BLOG INI


Sunday, June 26, 2011

Hedonisme melampau

Assalamualaikum, ahlan wa sahlan.

Maaf kerana lama tidak menulis. Kesibukan di sekolah mengurangkan masa libur saya untuk menulis di blog ini. Kadangkala luahan di minda terhalang dek kerana kebuntuan. Atau juga sebenarnya kurang sifat kerajinan membantutkan usaha untuk menghantar entri terbaharu di blog ini. He he..

Akhir ini, tinjauan saya terhadap masyarakat sekeliling terlihat di sudut minda saya, satu budaya yang telah lama wujud dan dipopularkan kembali dewasa ini iaitu 'hedonisme'. Hedonisme ialah satu falsafah yang telah dibudayakan sejak zaman Greek lagi bermaksud 'keseronokan merupakan matlamat di dalam kehidupan'.

Keseronokan melampau di dalam kehidupan telah menular di kalangan anak muda. Dengan lambakan program realiti televisyen, dan juga aktiviti yang 'konon'nya "sihat" seperti tarian shuffle, battle of the crew, dan sebagainya telah meresapi jiwa muda mereka. Atas alasan- "janji tak terlibat dengan dadah atau gejala sosial" adalah alasan kosmetik pengagum hedonisme daripada mengaitkan aktiviti tersebut dengan kelalaian.

Sebut sahaja aktiviti "sihat" di kalangan anak muda tika ini. Belum ditambah dengan lambakan filem-filem dan drama swasta yang disumbat ke minda dan raga anak muda. Isu yang berlegar sama- "cinta". Sama ada cinta terlarang, cinta terhalang atau cinta "Islamik", semuanya hanya melalaikan dan meloyakan naluri yang hanyut dibuai hedonisme secara tidak sedar.

Malangnya anak muda tika ini, seperti kata Imam Ghazali, "Untuk melihat pemimpin masa depan, lihatkan anak muda masa kini". Jika beginilah perawakan anak muda, bolehkah anda bayangkan masa depan nanti?

Ibarat barah yang akan merosakkan generasi, jika penyakit sekecil ini tidak dibanteras, tidak mustahil apa yang diimpikan akan datang akan layu dimamah hedonisme ini.

0 ulasan:


Soal Jawab Hal Ehwal Islam bersama Ustaz Zaharuddin