Kem Bina Insan 1Malaysia: Pusat Kokurikulum Johor

Pada 28-31 Mac 2011, saya telah ditugaskan untuk menjadi jurulatih untuk Kem Bina Insan 1Malaysia, Murid Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor. Kem tersebut dijalankan di Pusat Kokurikulum Johor, Kem Tasek Utara, JB.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan tetapi insya-Allah, di masa akan datang, kita akan sama-sama mencari jalan terbaik mengatasi kekurangan tersebut.

Aktiviti bina insan yang dijalankan adalah seperti Kawad Kaki, Ikhtiar Hidup, Permainan Kooperatif, Keyakinan di Air, Rappeling dan juga Kerohanian bertujuan memantapkan lagi sahsiah dan akhlak peserta-peserta. Diharapkan mereka akan menjadi insan yang menjadi kebangaan ibu bapa serta negara.

Saya kongsikan dengan pembaca, gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di kem.






















Selebihnya anda boleh layari pautan ini:

Kem Bina Insan 1Malaysia Mac 2011, Pusat Kokurikulum Johor

Comments

Popular Posts