Santai Minggu: Bersyukur


Salam muhibbah,

Sering berlaku ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, itu adalah lumrah manusia yang punya nafsu dan keinginan. Manusia adalah insan yang lemah sekalipun dia bertubuh sasa. Lemahnya manusia itu terletak pada hati dan jiwa.

Hati dan jiwa senantiasa lemah. Untuk menjadikan manusia sebagai hamba-Nya yang kuat, adalah penting menguatkan hati dan jiwa. Hati adalah sesuatu yang berfizikal manakala jiwa pula adalah sesuatu yang bersifat ghaib. Kedua-dua inilah yang membentuk seorang insan yang bertaqwa kepada Maha Pencipta.

Untuk menguatkan hati dan jiwa adalah dengan mengucapkan rasa SYUKUR kepada Tuhan. Apabila wujud rasa syukur pada diri setiap manusia, maka hati dan jiwa akan menyedarkan akalnya, bahawa setiap anugerah Tuhan pada dirinya mempunyai banyak hikmahnya. Hati dan jiwa yang bersyukur akan memberi kejutan pada mindanya seraya menggerakkan tubuh badannya menjadi seorang yang soleh dan solehah.

Kuatnya tubuh badan datang dari minda. Kekuatan minda datangnya dari hati dan jiwa. Kuatnya hati dan jiwa adalah dengan rasa syukur. Ucaplah Alhamdulillah, nescaya hidupmu akan sentiasa diredhai oleh-Nya.

Comments

Popular Posts