Soal Jawab Hal Ehwal Islam bersama Ustaz Zaharuddin

Pengenalan

AL-MARBAWI dilahirkan pada 13 April 1986 di Hospital Taiping, Perak. Dibesarkan di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.

Menggunakan nama pena AL-MARBAWI sebagai dedikasi kepada ulama' tersohor yang juga tokoh Maal Hijrah pertama, 'Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi' yang juga berasal dari kampung yang sama.

AL-MARBAWI juga sedang menuntut di Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur, sebagai seorang pelajar Bachelor of Education (Primary Design and Technology) dan akan ditempatkan di sekolah rendah bermula 2010.

Blog ini wujud sebagai pandangan peribadi dan juga ulasan isu-isu semasa.

Jika anda mahu berkongsi masalah atau ingin mendapat pandangan atau nasihat, Insya-Allah saya akan membantu anda.

Sila add ID Yahoo Messenger saya:

Photobucket


Thursday, May 21, 2009

Hari Guru

Salam pertemuan.


Lama juga tidak menghantar pos terbaru. Maklumlah, dengan kesibukan praktikal di sekolah agak menghalang saya daripada menaip. Banyak kerja yang perlu dibereskan, di sekolah dan di maktab. Ini pun ada sedikit ruang waktu kelapangan yang membolehkan saya menulis.

Sebagai seorang bakal guru, saya ingin melihat profesion yang saya pilih ini diangkat ke martabat yang tinggi, setinggi nilai dan jasa seorang guru yang melahirkan pelbagai personaliti bak kata Allahyarham Usman Awang. Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan pelatih dan guru-guru yang setia mendidik anak bangsa.

Oh ya sempena Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Melawati pada Isnin, 18 Mei 2009 lalu, ada juga pelajar yang memberi hadiah kepada saya. Walaupun tidak sebanyak guru-guru senior yang lain, saya berterima kasih kepada mereka kerana menghargai sumbangan saya walau tidak lama di sekolah berkenaan. Jauh di sudut hati, peristiwa ini memberi makna kepada saya agar menjadi seorang guru yang benar-benar membantu anak bangsanya berjaya.


Petangnya pula kami menghadiri majlis hi-tea SKTM di Menara Kuala Lumpur. Besar hati kami kerana dijemput untuk ke majlis tersebut walaupun cuma guru praktikal. Sudah lama saya tidak ke Menara Kuala Lumpur, kali terakhir pada tahun 1996. Banyak juga perubahan yang dilakukan, daripada apa yang ada ketika 1996. Makanan juga sedap-sedap belaka. Kalau ada kelapangan, mungkin saya akan ke sana lagi sekali.


Kepada pembaca budiman, sudi-sudikanlah berkongsi pendapat dengan saya dan juga berkongsi bahan bantu mengajar kerana saya dengan sedaya upaya akan membantu rakan-rakan guru mendapatkan bahan mengajar untuk anak murid mereka. Sampai jumpa lagi!

1 ulasan:

hAdiLa said...

byknyer adiah cikgu..
hehehe


Dapatkan Blogger Templat percuma! oleh Isnaini Dot Com dan Archithings. Dikuasakan oleh Blogger