Soal Jawab Hal Ehwal Islam bersama Ustaz Zaharuddin

Pengenalan

AL-MARBAWI dilahirkan pada 13 April 1986 di Hospital Taiping, Perak. Dibesarkan di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.

Menggunakan nama pena AL-MARBAWI sebagai dedikasi kepada ulama' tersohor yang juga tokoh Maal Hijrah pertama, 'Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi' yang juga berasal dari kampung yang sama.

AL-MARBAWI juga sedang menuntut di Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur, sebagai seorang pelajar Bachelor of Education (Primary Design and Technology) dan akan ditempatkan di sekolah rendah bermula 2010.

Blog ini wujud sebagai pandangan peribadi dan juga ulasan isu-isu semasa.

Jika anda mahu berkongsi masalah atau ingin mendapat pandangan atau nasihat, Insya-Allah saya akan membantu anda.

Sila add ID Yahoo Messenger saya:

Photobucket


Sunday, February 15, 2009

Superman adalah Yahudi



Salam muhibbah.

Anda gemar dengan komik-komik dari Barat? Superman, Batman, X-Men dan yang seangkatan dengannya? Adakah anda tahu asal-usulnya? Yang pasti anda meminati watak-watak tersebut kerana sifat adiwiranya.

Sebagai orang Islam, kita harus berhati-hati dalam menerima sesuatu perkara, terutama yang datang dari dunia Barat. Mungkin kita akan berkata, 'itu hanya komik sahaja, tidak lebih dari itu', namun anda mungkin tidak sedari, jika diberi pengagungan yang lebih boleh menyebabkan seseorang Muslimin menjadi lalai dalam menjalankan tugas wajib yang diperintah oleh Allah SWT.

Anak-anak muda yang belum memahami baik dan buruk pasti akan lebih terkesan dengan watak-watak sebegitu. Inilah yang akan menyebabkan Muslimin dan Muslimat menjadi terancam. Tidaklah salah untuk menontonnya tetapi ia perlu disertakan dengan bimbingan agar apa yang kita tonton itu tidak lebih dari sekadar hiburan semata-mata.

Anda tahukah bahawa Superman itu sebenarnya dicipta oleh Yahudi? Dan setiap perincian mengenai watak dan sifatnya mirip kepada golongan Yahudi? Di sini saya berikan fakta berkenaan Superman yang saya dapatkan dari Berita Minggu Online (15 Februari 2009).

1. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.

2. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.

3. Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.

4. Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti.

5. Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.

6. Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. El bermaksud "tuhan" di dalam bahasa Hebrew.

7. Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.

8. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

9. Anak-anak muda Muslim yang memprotes keganasan Israel di Gaza memakai baju T bertulis "Superman", wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.

Diharapkan dengan maklumat yang sedikit ini dapat memberi kefahaman kepada saudara-saudaraku dan sebarluaskanlah maklumat supaya semua umat Islam dapat mengetahui hakikat sebenarnya penciptaan watak-watak adiwira di Barat.

2 ulasan:

biliksebelah said...

Sokonglah cicakman!

Blogspot dan wordpress dicipta oleh kafir kan? Bkn kne boikot ke?

aL-MaRBaWi said...

kalau kita boikot blogspot dan wordpress, maka dengan cara apa lagi yang kita boleh gunakan untuk berdakwah? tidak semua kita mampu utk membayar hosting dan domain.

lagipun blogspot dan wordpress adalah percuma, tak kenakan bayaran pun. tiada yang tersalur ke dunia zionis.

kalau kite nak boikot, kenapa tidak boikot sahaja internet secara keseluruhannya? internet juga merupakan ciptaan org kafir, barangkali org Yahudi juga.


Dapatkan Blogger Templat percuma! oleh Isnaini Dot Com dan Archithings. Dikuasakan oleh Blogger