PPSMI: Pelaksanaan yang tidak memenuhi citarasa

Salam muhibbah,

Saya yakin anda tahu apa itu PPSMI. Tidak tahu? Oh, agak ketinggalan juga anda.

PPSMI ialah 'Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris' yang telah dimulakan sejak awal milenium yang matlamatnya adalah "meningkatkan penguasaan ilmu Sains dan Matematik dengan cepat tanpa perlu bersusah payah untuk menterjemah istilah ke Bahasa Melayu".

Saya ingin memberi pendapat saya mengenai hal PPSMI ini.

1. Kita dicanang untuk menjadi bangsa yang GLOKAL. Global dan Lokal. Di mana 'lokal'nya jika bahasa yang kita gunakan untuk ilmu tidak menampakkan ke'lokal'an nya?

2. Adakah menggunakan Bahasa Inggeris dapat meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia dalam ilmu secara amnya? Adakah bahasa itu penghalang atau adakah kedangkalan kita menguasai ilmu itu penghalangnya?

3. Statistik yang diwar-warkan mengatakan keputusan peperiksaan utama, semakin mencapi peningkatan yang memberangsangkan. Statistik dari mana? Adakah sekolah bandar atau sekolah luar bandar? Atau adakah sekolah luar bandar yang mencatat peningkatan itu betul-betul "luar bandar" atau hanya sekadar "pinggir bandar"?

4. Adakah kita malu untuk berbahasa Melayu dalam bidang keilmuan? Sedangkan semakin hari semakin ada manusia di seluruh dunia ingin mempelajari Bahasa Melayu. Apakah kita tidak bangga dengan pencapaian ini?

5. Penggunaan BM dalam bidang keilmuan bukan sahaja menambah kekuatan BM itu sendiri, malah ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang luas, lebih-lebih lagi bekerja dalam bidang penterjemahan ilmu dalam bahasa lain ke BM.

6. Jika ada masalah dalam mendapatkan ilmu, saya cadangkan agar selepas SPM, pelajar-pelajar diberi ruang untuk mengikuti kelas insentif tambahan mempelajari Bahasa Inggeris. Atau boleh juga ketika sebelum melangkah ke universiti. Misalnya jika mereka ingin memasuki bidang kejuruteraan, mereka perlu ke kelas insentif istilah kejuruteraan di dalam BI. Bukankah ini dapat menjimatkan perbelanjaan kementerian berkaitan?

7. Yang memisahkan kita adalah kefahaman, bukan bahasa. Bahasa hanya mewakilkan sesuatu perkara sedangkan maksudnya adalah sama. Jika kita belajar dalam BM mengenai maksudnya dan menterjemahkan istilahnya kemudian di dalam BI, tidakkah ia lebih memudahkan? Kita sudah faham maksud di dalam BM namun apabila diterjemah ke BI, kita masih lagi faham tetapi hanya tukar istilah sahaja.

8. Contoh dan sejarah sudah membuktikan, orang Arab menguasai ilmu apabila ilmu yang ditulis di dalam bahasa Greek telah diterjemah oleh sarjana-sarjana Arab agar ilmu itu dapat di pelajari oleh bangsa Arab ketika zaman kegemilangan Islam dahulu. Di mana pula sarjana-sarjana kita?

9. Jerman, Jepun, Perancis, mengapa bahasa mereka berjaya menembusi dunia global? Mengapa tidak bahasa kita, B. Melayu? Adakah negara tersebut menggunakan BI di dalam pendidikan mereka? Adakah mereka maju disebabkan penggunaan BI?

Pada saya pelaksanaan PPSMI ini tidak memenuhi cita rasa rakyat Malaysia kerana ia tidak sesuai dengan budaya masyarakat setempat.

Comments

beautyfly said…
dengarnye ada pihak cube rendahkan level A or tahap lulus result UPSR lepas...OOOPsSS..ada pihak yang berkepentingan..

Popular Posts