Masjid Cina: Suatu usaha dakwah kepada masyarakat TiongHua

Salam muhibbah,

Kita mahukan agama Islam berdiri megah di bumi Allah SWT ini, tetapi adakah usaha kita selama ini mencukupi? Kita sering ingin menjaga umat Melayu kita sahaja, tetapi adakah anda sedar jika kita dapat menarik bangsa TiongHua (Cina), Malaysia akan lebih maju dan lebih Islamik daripada sekarang?

Kita tahu kaum Cina adalah kedua terbesar di negara ini. Kita tahu mereka ini sangat rajin bekerja hatta dalam bidang apa sekali pun. Kita tahu mereka menganut pelbagai agama yang utama seperti Buddha, Kristian dan Islam. Tetapi bilangan Islam daripada kalangan mereka amatlah sedikit.

Bayangkan, dengan sifat kerajinan mereka, di tambah pula dengan kepercayaan mereka jika majoriti mereka beragama Islam, tidakkah Malaysia ini akan menjadi lebih berdaya saing di peringkat global?

Masjid Cina

Apa pula signifikan masjid Cina dengan dakwah? Pada zaman dahulu, pendakwah Islam yang datang dari tanah Arab, menggunakan pendekatan berdakwah mengikut kesesuaian budaya tempatan. Sebagai contoh, mereka berdakwah di dalam bahasa Melayu dan memperkenalkan sebahagian bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Adakah pendakwah ini berdakwah dengan mengikut gaya keAraban mereka? Sudah tentu tidak! Dan kesannya, bangsa Melayu sudah 99 peratus memeluk agama Islam kecuali di Bali dan Filipina Utara.

Jika kita mahukan bangsa Cina beramai-ramai memeluk Islam, kita harus mulakan dengan perkara yang ringkas seperti penerbitan buku, risalah, majalah dan sebagainya. Kita juga boleh mempromosi aktiviti-aktiviti Islam di dalam bahasa Mandarin. Permulaan sudah ada, tetapi tidak cukup kuat untuk menyampaikan dakwah.

Di sini lah letaknya kepentingan Masjid Cina di Malaysia. Ia bukan bermakna masjid itu untuk orang Cina, tetapi sebagai pusat untuk memudahkan perancangan berdakwah kepada mereka. Islam itu untuk semua, dan "untuk semua" itu bukan bermakna menyerap gaya Arab seratus peratus kepada bangsa lain, tetapi penyataan itu lebih kepada "menyerap Islam mengikut cara hidup dan kebudayaan sesuatu bangsa, asal tidak melanggar syariat".

Dengan wujudnya masjid Cina, ini lebih memudahkan aktiviti keislaman yang boleh dianjurkan oleh pentadbir masjid itu kepada bangsa Cina. Dan cadangan beberapa pihak sebelum ini (jika anda mengikuti isu semasa) yang mencadangkan pembinaannya di tapak Penjara Pudu adalah amat bersesuaian kerana ia terletak di kawasan strategik yang mana di sekeliling nya di diami oleh masyarakat Cina. Ini akan memudahkan mereka untuk berhubung dengan masjid berkenaan sekiranya hidayah Allah datang kepada mereka.

Akhirnya kita tidak terperangkap di dalam isu perkauman kerana kita juga tahu, "Islam itu bersaudara" dan tidak timbul soal mempersoal perihal ketuanan Melayu kerana pada penghujungnya Malaysia dengan sendirinya menjadi "KETUANAN ISLAM".


Comments

adyri said…
aku setuju dgn pendpat ko tu. Memang wajar di dirikan masjid Cina. Bukan untuk memisahkan masjid Melayu dan cina, tetapi untuk kepentingan dakwah kepada kaum Cina di Malaysia ni.

Untuk pengetahuan semua, Kalau aku x silap umat islam di negara China adalah lebih ramai dpd kita di Malaysia. Jadi apa usaha kita untuk menyebarkan islam kepada kaum Cina di Malaysia ini?

Kita kena ubah tanggapan kaum Cina bahawa jika mereka masuk Islam ialah bermaksud mereka masuk Melayu. Perkara seperti inilah yang harus kita ubah sebenarnya.

Skian, trima kasih...
Adios....

Popular Posts