Lelaki tempatan, lelaki asing

Salam pertemuan.
Apabila membelek-belek akhbar, saya tertarik dengan kisah wanita tempatan bercinta dan berkahwin dengan lelaki asing. Wanita tempatan dikatakan lebih mudah memilih lelaki asing, terutama dari Asia Selatan atau dari Indonesia atas beberapa sebab.
Kebanyakan mereka yang berkahwin dengan lelaki warga asing tidak akan bertahan lama. Sama ada wujud masalah komunikasi atau persekitaran, hakikatnya wanita tersebut akan mula merindui kampung halamannya setelah lama berada di kampung lelaki asing terbabit. Bermula dari situlah, kita akan dengar bermacam-macam halangan dan dugaan melanda.
Kadangkala kesian juga mendengar kisah-kisah seperti ini. Tidaklah salah untuk wanita tempatan bercinta dengan lelaki asing, tetapi wanita tersebut mestilah selidik latar belakang lelaki asing tersebut. Cinta itu buta. Itu yang menyebabkan wanita ini terus sahaja jatuh cinta kepada lelaki asing, sehingga timbul kes kahwin lari yang menyinggung perasaan kedua orang tua wanita tersebut. Bila sudah hidup bersama, baru wanita itu merasai hakikat sebenar dan mula mencari bantuan untuk pulang ke kampung halaman.
Apabila saya meneliti wanita-wanita ini, apa yang saya dapat simpulkan, wanita ini terdiri daripada golongan:
1. Wanita yang baru sahaja menamatkan alam persekolahan.
2. Wanita yang kurang cemerlang dalam pendidikan.
3. Wanita yang tinggal berhampiran dengan tempat kerja lelaki asing.
4. Status sosio-ekonomi keluarga wanita itu yang di dalam peringkat pendapatan sederhana dan ke bawah.
Semua pihak harus memandang serius perkara ini jika tidak mahu situasi menjadi kelam-kabut di kemudian hari. Wanita kategori ini perlukan bimbingan ibu bapa yang kukuh supaya tidak terjebak ke dalam kancah masalah seperti yang saya sebutkan.
Nasihat dan kaunseling perlu agar wanita ini dapat berfikir baik buruknya jika berkahwin dengan lelaki asing. Jika dikatakan lelaki tempatan semuanya 'tak boleh dipakai', tidak semua lelaki tempatan berada dalam kategori itu. Jika wanita masih tidak berjumpa dengan lelaki tempatan idamannya, nasihat saya, ingatlah kembali kepada Maha Pencipta. Beribadatlah dengan tekun, dan berhajatlah pada-Nya. Insya-Allah, hajat anda, wahai wanita akan dimakbulkan.

Comments
sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kebaikan