Kepentingan belajar Bahasa Mandarin

Salam muhibbah,

Saya ingin bertanya kepada anda, sekiranya anda sedang berjalan-jalan di Plaza Low Yat, atau di Sungei Wang dan anda terdengar perbualan dalam bahasa Mandarin antara penjual-penjual atau peniaga-peniaga di situ, apakah perasaan anda? Tidak faham apa yang mereka bualkan.

Antara mereka ini bahasa Melayunya tidak sehebat mana pun, tetapi dengan gaya mereka, sesuatu barang boleh dijual dengan mudah. Pernahkah kita membeli barang, minta tawaran harga dan kemudian mereka akan berbisik sesama mereka dalam bahasa Mandarin dan mereka jual dengan harga mereka, tetapi apabila kita ke kedai lain, kita dapati harga itu jauh lebih rendah?

Anda semua perlu sedar, orang Cina dapat berbuat demikian bukan kerana mereka itu bijak menipu tetapi itu sebenarnya atas ketidakpandaian kita sendiri. Kita kena faham, ekonomi Malaysia bergantung kepada kaum ini, justeru kita perlu menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua kita demi mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Apabila kita faham dan boleh bertutur bahasa Mandarin, secara sendirinya mereka akan berhati-hati apabila berurusan dengan orang Melayu. Dapat juga kita elakkan daripada tertipu.

Ini bukan bermaksud kita hendak menolak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi ini lebih kepada kepentingan diri. Takkankanlah kita mahu tertipu dengan urus niaga sebegitu, sedangkan kita boleh dapat harga murah, tetapi kita membayar dengan harga tinggi. Bahasa Melayu masih tetap sebagai jambatan komunikasi kita, tetapi dengan penguasaan bahasa lain, jambatan yang kita bina itu akan lebih kukuh, bukan begitu?

Comments

Popular Posts