Kampung Lubuk Merbau

Lubok Merbau

Lokasi Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak.




View Larger Map
 
PARLIMEN PADANG RENGAS

DUN Lubok Merbau | Parlimen Padang Rengas



Sahibul Hikayat

Menurut cerita orang tua-tua, Kampung Lubok Merbau telah diteroka sejak awal 1800-an lagi. Dikatakan bahawa penduduk asal Lubok Merbau adalah mereka yang berhijrah dari kebanyakan kampung-kampung di tebing Sungai Perak yang berpindah ke hulu Sungai Chempias kerana ingin mengelakkan daripada banjir yang melanda perkampungan di tebing Sungai Perak.

Ketika peneroka kampung ini tiba di suatu kawasan yang agak rata kedudukan tanahnya dan dikelilingi oleh bukit bukau, mereka mendapati tanah ini sesuai dijadikan penempatan. Oleh kerana mereka menjumpai begitu banyak pokok merbau yang tumbuh di sekitar tebing Sungai Chempias dan kedapatan pula lubuk-lubuk sungai yang penuh dengan ikan, maka dinamakan pula kawasan itu dengan Lubok Merbau.

Maka kawasan penempatan asal peneroka itulah yang digelar Kampung Lubok Merbau Tua dan sekitar kawasan ini telah ditumbuhi semak samun dan hampir tiada peninggalan asal orang-orang lama dan mana yang muda-mudi pula telah bergerak ke hilir sedikit untuk membuka kawasan Lubok Merbau yang masih ada hingga kini. Atas sebab perpindahan itu kerana pihak penjajah (British) telah membuka jalan berturap yang bermula dari Simpang Lawin menuju pekan Gerik telah melalui kawasan Lubok Merbau.

Menurut Sejarah Perak karangan Hashim Buyong, Long Jaafar yakni orang yang mula-mula menjumpai bijih timah di Klian Pauh (Taiping) juga dikatakan berasal dari orang-orang Lubok Merbau. Seiring dengan arus pembangunan serta kedudukannya yang strategik di pertengahan Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Lubok Merbau membangun dengan pesatnya kerana lokasi kampung yang tidak jauh dari Bandar Kuala Kangsar menjadikan Lubok Merbau satu residensi yang ideal untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Popular Posts